![]() |
| sumber : Google |
Assalamualaikum w.b.t.......
Alhamdulillah, pagi ini digagahkan diri juga untuk menulis. Maaf pada sesiapa yang mengikuti Jalan Kembali ini. Mungkin menanti perkongsian yang seterusnya yang tak kunjung tiba. Tiada alasan yang lebih menarik untuk diberi melainkan sibuk dengan praktikal, program dan sebagainya. Sepuluh jari ku susun tanda maaf. : ) Ucapan terima kasih teristimewa buat sahabat-sahabat, seperti Cik FDM yang sentiasa memberi semangat dalam meneruskan penulisan ini. Semoga Dia turut memudahkan kerja anda semua.
Untuk perkongsian pagi ini, teringat satu kata-kata yang selalu didengar semenjak berada di alam universiti ni, (haha, acah-acah sem 1 padahal dah last year, :p ) yang kadang-kadang mempunyai makna yang sangat mendalam....
"Kalau bukan kita, siapa lagi, kalau bukan sekarang, bila lagi, kalau bukan disini, dimana lagi..."




