Cerita Kami 1 - 10 Budak Nakal

• Masa : 5:42:00 PG • Ulasan : 0 • Label :

Aku anak yang ke 9 dari 10 beradik. Kenapa terbeliak mata kau tu? 😂 Tak percaya? Haha, tak tipu okey. Aku memang anak yang ke 9 dari 10 beradik. Sebab tu tajuk entry kat atas tu 10 Budak Nakal  😎

Kalau aku boleh senaraikan kat sini, ikut urutan, macam ni...

1. Abg Mail
2. Kak Syikin
3. Kak Hanim
4. Azam
5. Azmin
6. Fitri (Ee)
7. Azlan
8. Azian (Kakak)
9. Aku (Mat Dan)
10. Laila (Adik)

Ni la senarai kami 10 beradik. Hang jangan tanya sebab apa yang no 8 dipanggil kakak, aku pun tak tau. Haha, sampai sekarang kami panggil kakak walaupun dia anak yang ke 8.

Dalam family aku, kami tak dak lah pulak nak berabang2 berkakak2 dalam panggilan. Sama-sama kami just panggil nama saja. Macam kawan-kawan ja.

Bila aku dah besar ni, bila aku jaga or main dengan anak-anak sedara aku yang ada, kadang-kadang aku terpikir, macam mana lah mak ayah kami jaga kami 10 beradik ni dari kecik sampai la besar cenggini rupa haa. Haha, aku jaga si budak Awanis, Luqman and Irfan sehari pun aku dah pening. Apatah lagi nak jaga 10 orang budak nakal? 😂 Budak-budak kan, mesti lah nakal.

Mungkin sebab tu la Allah ni Dia bagi kami sorang bapak yang sangat tersangat teramat garang. 😅 Barulah terkawal sikit kami ni. Kalau tak, entah apa la huru hara yang kami buat.

Bila cerita pasal mak ngan ayah, kau boleh bayangkan cerita Avatar-The Last Airbender tu. 😂 Sebab ayah aku ni sifatnya 'api' and mak aku pulak sifatnya 'air'. Senang cerita, kalau mak aku ni Katara 💧, ayah aku tu Zuko 🔥la, haha. Sorang panas, sorang sejuk, so balance la.

Oleh kerana kezukoan (kegarangan) ayah, maka kami membesarlah sebagai kanak-kanak yang sopan. Tapi, dalam diam kami ada nakal yang tersendiri. 😜

Garang tak garang ayah ni sampai kami tak berani sangat nak bercakap banyak, nak mintak itu ini. Haha, sebab takut punya pasal. 😂 Apa-apa hal mengadu kat mak saja but mostly telan sendiri, maksud aku hadap sendiri la, xde nya nak cerita-cerita.

Dan sebab takut dengan ayah jugak lah, hidup kami banyak dihabiskan di rumah saja, tak berani nak keluar rumah main-main dengan kawan setaman ke, gi lepak-lepak taman permainan ke, memang tak la. So, mereputlah kami kat rumah. Maka, hiduplah kami di rumah dengan cara kenakalan yang tersendiri.

Oh, 10 budak nakal... 😂

Cerita Kami...

• Masa : 5:37:00 PTG • Ulasan : 2 • Label :

Assalamualaikum, selamat pagi semua. Rasanya tak terlambat lagi kot nak ucapkan selamat hari raya korban kan, hehe.

Amacam raya? Meriah tak? Rumah aku meriah la jugak, bukan sebab banyak lembu yang dikorbankan, tapi sebab adik-beradik ramai yang balik. Ye la, dah lama tak jumpa kan. Masing-masing sibuk dengan keje and study masing-masing. Apa-apa pun, Alhamdulillah...  😁

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum raya, kitorang lepak-lepak dalam bilik bujang aku. Ade aku, abang Mail, Fitri, abang ipar aku, Taufik dan si budak kecil Awanis dan Irfan (anak abang Mail). Tengah-tengah lepak, tiba-tiba si Lukman (anak kedua abang Mail) masuk bilik bawak satu album gambar. Dia tunjuk kat abah dia...

"Abah, abah! Ni gambar abah dulu."

Abang Mail pun amik la album tu. Dia tengok satu-satu. Rupanya tu album lama kami dulu. Ada gambar-gambar time aku kecik, time kitorang muda-muda dulu. Walaupun gambar tak banyak, tapi album tu buatkan kami teringat semula zaman-zaman kami kecik-kecik dulu.

Terus abang Mail buka satu persatu cerita kitorang dulu. Walaupun, apa yang kami lalui waktu kecik dulu boleh dikatakan perit, tapi bila teringat balik macam ni, rasa nak tergelak ja. Seriesly, aku gelak sampai berair mata aku. Sebab lawak bila teringat cerita kami dulu-dulu. Abang Mail dengan Fitri pun gelak sakan. Abang Taufik pulak just dengar ja, sambil-sambil senyum. Mungkin dia tak berapa faham sangat cerita kami. Well, selalunya yang melalui pengalaman tu lah yang akan lebih memahami.

Bila kami bertiga asyik bergelak sakan, si Awanis, anak sulong abang Mail tanya...

"Abah cerita apa ni? Apa yang seronok sangat ni?"

Kami tengok ja si Awanis yang baru darjah dua ni.

Abang Mail balas.

"Ada la, ni cerita abah masa kecik-kecik dulu. Hampa semua tak merasa dah sekarang ni."

Aku terangguk-angguk sendiri. Betul sangat apa yang abang Mail cakap tu. Zaman kitorang kecik dulu sangat-sangat berbeza dengan bebudak zaman sekarang. Bebudak zaman dulu pun mungkin tak rasa macam kitorang. Habis-habis cerita tu, abang Mail tiba-tiba cakap...

"Mat dan (nama panggilan aku kat rumah) hang kena tulis cerita-cerita kita ni. Baru best. Baru lain dari yang lain. Jangan hang tulis cerita-cerita macam yang dah ada kat pasaran sekarang."

Aku terangguk-angguk. Betul jugak tu. Kisah pengalaman tentang hidup kami masa kecik dulu boleh dijadikan satu cerita. Sebagai sharing untuk pedoman bersama. Abang Mail kemudian bagi beberapa idea yang bagus kat aku macam mana nak menulis kisah kami. Dalam kepala aku, aku mula terasa nak menafsirkan semua cerita tu ke dalam blog aku. In Syaa Allah, aku akan usahakan something. Bukan apa pun, sekadar perkongsian. Hidup setiap dari kita berbeza, dan pengalaman yang kita alami tu jugak berbeza. Mungkin aku boleh coretkan cerita kami ni sekadar untuk tatapan pembaca. Buat penghibur kita bersama, dan siapa tahu dalam kisah tu terselit nasihat yang berguna? Kan, kan? Hehe, In Syaa Allah. I will try to write something about it. Later.. 😝

Cerita Kami...

Wait for it  😁

Nohara Al-Ramadani
14 September 2016

Renung Sejenak 1

• Masa : 3:31:00 PTG • Ulasan : 0 • Label :




Pesan buat diri(ku) yang lalai

"Mengejar dunia jangan sampai dilupa akhirat."

"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan, dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, ibarat seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu."

Al-Hadid (57)-ayat 20


Apa 'Impian' kita di akhirat nanti?

Renungkan sejenak...

Aku dan Penulisan. (Bahagian 2)

• Masa : 9:11:00 PTG • Ulasan : 2 • Label :

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar hari ni? Moga sihat dan aman semuanya. :)

Tak nak intro panjang-panjang. Straight to the point, hari ni aku nak sambung cerita kenapa aku suka menulis.

Eh, korang tak baca lagi ke yang aku tulis beberapa hari lepas? Ala, tak seronok la nak sambung macam tu. Tak pe, tak pe, meh kita baca yang lepas tu dulu kat Aku dan Penulisan ni, hehe.

Okey, dah baca kan? Good, hehe. Jom, kita sembang pulak sebab kedua kenapa aku suka menulis. :p

Aku dan Penulisan...

• Masa : 4:35:00 PG • Ulasan : 2 • Label :

Assalamualaikum w.b.t. :)

Apa khabar semua? Moga sentiasa sihat dan berkat dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Sejuta kemaafan ku pinta kerana lama menyepi, haha. Sorry la semua ya, apa nak buat, sibuk dengan study dan kerja-kerja lain (alasan yang sama lagi :p ), sampai merajuk dah blog aku ni. (Jangan marah saya guna ganti bahasa diri 'aku'. Nak lebih natural and friendly kat bahagian 'Cerita Diriku' ni :)).

Emm, hari ni aku nak kongsi sedikit tentang kisah hidup aku. Walaupun cerita aku ni mungkin tak memberi apa-apa maksud pada hidup korang yang membaca entry ni, tapi aku harap korang cuba lah paksa diri untuk cari walau sedikit pengajaran yang terselit, haha.

Keberkatan Dhuha.

• Masa : 4:34:00 PTG • Ulasan : 4 • Label :



Assalamualaikum. Selamat pagi? Haa? Tidur lagi? Haha, jangan begitu, nanti rezeki tak masuk. Bangun! Bangun! Bangun lah dari mimpimu yang menipu. :p

Alhamdulillah, jangan lupa untuk ucap syukur atas segala ni'mat yang Allah berikan pada kita setiap hari. Dapat bangun pagi dalam keadaan sihat merupakan satu ni'mat yang amat besar.

Ok, hari ni saya nak sharing tentang something yang berlaku pada diri saya sendiri. Dan saya rasa benda ni rugi kalau saya tak share dengan kamu semua. Dua tiga hari lepas, waktu pagi, bangun lah macam biasa, buat kerja, menulis dan sebagainya. Sebenarnya pagi tu runsing sebab fikirkan beberapa perkara yang belum settle.

Kembara Gunung Angsi

• Masa : 8:34:00 PG • Ulasan : 3 • Label :


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap sihat seadanya. :)

Hari ini terdetik di hati nak berkongsi pengalaman menarik hidup sebagai seorang Komander Kesatria. Komander tu apa? Haha, next time I will story more about Komander sebab hari ni nak cerita tentang pengalaman menarik saya bersama komander-komander yang lain mendaki Gunung Angsi.

Sebenarnya program ini merupakan salah satu program kami yang berjaya dilaksanakan pada tahun ini dan dinamakan program 'Naga Panjat Gunung'. Kenapa Naga? Eh, banyak pula soalan, haha. Jawapannya sebab Naga merupakan lambang Batalion bagi Komander UiTM Puncak Alam & Puncak Perdana iaitu Batalion 14. :)

Kalau Bukan...

• Masa : 5:42:00 PTG • Ulasan : 2 • Label :

sumber : Google


Assalamualaikum w.b.t.......

Alhamdulillah, pagi ini digagahkan diri juga untuk menulis. Maaf pada sesiapa yang mengikuti Jalan Kembali ini. Mungkin menanti perkongsian yang seterusnya yang tak kunjung tiba. Tiada alasan yang lebih menarik untuk diberi melainkan sibuk dengan praktikal, program dan sebagainya. Sepuluh jari ku susun tanda maaf. : ) Ucapan terima kasih teristimewa buat sahabat-sahabat, seperti Cik FDM yang sentiasa memberi semangat dalam meneruskan penulisan ini. Semoga Dia turut memudahkan kerja anda semua.

Untuk perkongsian pagi ini, teringat satu kata-kata yang selalu didengar semenjak berada di alam universiti ni, (haha, acah-acah sem 1 padahal dah last year, :p ) yang kadang-kadang mempunyai makna yang sangat mendalam....

"Kalau bukan kita, siapa lagi, kalau bukan sekarang, bila lagi, kalau bukan disini, dimana lagi..."

Jangan Marah Sahabat!

• Masa : 8:20:00 PTG • Ulasan : 0 • Label :

sumber : Google

Pemuda Baran.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia pantang diusik walaupun dengan hal-hal kecil dan remeh-temeh. Pasti ringan saja mulutnya untuk menengking dan memaki hamun. Satu ketika, dia rasa ingin membuat perubahan pada dirinya. Lalu dia berjumpa dengan seorang sahabat yang paling dipercayai.

"Beginilah, dalam masa sebulan ini, setiap kali kau marah kau perlu buat sesuatu yang akan aku amanahkan pada kau."

"Buat apa?"

Questionnaire!

• Masa : 5:57:00 PTG • Ulasan : 2 • Label :
Assalamualaikum. Apa khabar kita semua pagi ini? Baik? Alhamdulillah. Solat subuh jam  berapa pagi tadi? Berapa muka surat dari Al-Quran kita baca pagi ini? Wallahua'lam. kita sendiri yang lebih mengetahui apa yang kita buat. Oleh itu, jawab sendiri soalan tadi dan muhasabah kembali sementara anda masih berada di blog Jalan Kembali ini, haha.

Questionnaire.


Saya pasti ramai yang akan terfikir tentang Final Year Project (FYP), bila terbaca tajuk perbincangan kita hari ini. Betul tak? Haha, tak baik menipu, baik mengaku.

Questionnaire (soalan soal selidik) yang selalu digunakan bagi mengumpul data untuk sesuatu kajian atau bagi mendapatkan feedback. (sumber : Google)

Namun, saya bukan hendak membincangkan soal itu hari ini. Yang hendak saya fokuskan ialah Questionnaire harian kita sebagai seorang hamba Allah.

Powerbank VS Quran!

• Masa : 5:32:00 PTG • Ulasan : 4 • Label :
sumber : Google

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Hehe, maaflah kerana lama menyepi. Sepiku bukanlah bermakna rajuk. Diamku bukanlah bermakna jauh hati. Haha, ayat berbungalah kononnya. Senang cerita penulisan di sini tertangguh kerana saya memfokuskan penulisan pada manuskrip novel dan juga himpunan cerpen saya. Alhamdulillah, manuskrip novel sudah siap dan dalam proses mengedit semula apa yang patut. Cerpen pula masih dalam proses. Doakanlah apa yang saya usahakan ini dipermudahkan oleh Allah. Amin!

Tajuk? Kenapa dengan tajuk? Oh, powerbank. Haa, hari ni saya nak cerita satu kisah. Jom kita baca!

Matlamat 2

• Masa : 9:24:00 PTG • Ulasan : 6 • Label :
sumber : Google

 .السلام عليكم

Apa khabar semua? Moga sentiasa dalam rahmat Allah tuhan sekalian alam. Pertama sekali seribu jari disusun sebagai tanda meminta maaf kerana biarkan blog ini bersawang. Antara sebabnya adalah kerana laptop dan tablet saya rosak baru-baru ini menyebabkn sukar untuk saya update Jalan Kembali. Malah tak dinafikan kesibukan harian menghalang saya dari meluahkan buah fikir di blog ini. 

InsyaAllah hari ini saya ingin sambung perbincangan kita mengenai matlamat hidup. Dari perbincangan yang lalu,  hari ini kita akan sama-sama berfikir bagaimana ingin menentukan matlamat hidup kita.

Novel Bab-11

• Masa : 9:20:00 PG • Ulasan : 0 • Label :

 Hati Amiruddin suram. Sedikit-demi sedikit keni'matan hidup di asrama SMKAY ini terhakis dek perbuatan manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab. Ketenangan yang sering dirasa dahulu, kini hilang. Tidak lagi aman. Hari berganti hari pelbagai masalah timbul membuktikan rahmat Allah semakin jauh dari penghuni madrasah ini. Jauh kerana maksiat yang dilakukan oleh mereka sendiri!
Amiruddin teringat satu kisah tentang Abu Hazim, seorang ulamak dari Madinah, pernah ditanya kepadanya, "Di manakah Rahmat Allah?" Maka Abu Hazim menjawab, "Rahmat Allah itu dekat dengan orang-orang baik."
Bagi Amir, dengan keadaan akhlak pelajar sebegini, tidak hairanlah rahmat dan ni'mat Allah itu ditarik sedikit demi sedikit. Semuanya tidak lain tidak bukan adalah sebagai peringatan supaya mereka kembali mendekatkan diri kepada Allah. Namun malangnya, amat sedikit mereka yang menyedari.

Matlamat.

• Masa : 5:03:00 PG • Ulasan : 2 • Label :

Assalamualaikum w.b.t... :-)
Apa khabar pembaca sekalian? Moga sihat seadanya....alhamdulillah masih diberi keizinan menulis. Hari ini nak berkongsi sedikit tentang matlamat. Kenapa matlamat? Haha...sebab baru-baru ni saya dijemput untuk memberi pengisian pada junior-junior yang baru. Semasa dijemput, sebenarnya hati ini berat ingin memenuhi. Bukannya apa, cuma rasa tidak layak. Rasa ada orang yang lebih baik yang sepatutnya dipanggil.

Cuma setelah berfikir dua tiga kali, saya terima juga permintaan ini kerana menganggap ini sebagai satu peluang untuk berkongsi rasa dan peluang untuk membaiki diri sendiri. Apa kaitannya memberi pengisian dengan membaiki diri saya sendiri?

Novel-Bab 10

• Masa : 10:05:00 PG • Ulasan : 1 • Label :
BAB 10
 "Sial! Celaka kau Mus!!"
Hamun Najmi. Setelah selesai ceramah tadi, dia terus bergegas pulang ke asrama. Ingin dilihat 'hartanya', sama ada diusik pengawas ataupun tidak. Masuk saja ke dalam dorm tadi, terus mengamuk lelaki itu. Mana tidaknya! Mangga lokernya dipotong. Rokoknya dirampas. Habis hilang semua barang larangan yang dibawanya.
"Ahh!! Benci aku asrama ni! Itu tak boleh, ini tak boleh! Sial!"
Adik-adik kecut perut melihat senior mereka begitu. Cepat-cepat mereka bersiap dan keluar dari dorm. Takut mereka melihat Najmi mengamuk, tak ubah seperti orang gila.
"Relax Najmi, relax!" Hazami cuba menenangkan suasana, walaupun dia sendiri sebenarnya gerun melihat Najmi sebegitu.
"Relax apanya? Habis semua barang aku dirampas celaka tu! Kalau aku jumpa, memang mampus semua pengawas aku kerjakan!"
"Sabar Najmi,sabar. Kalau kau pukul pengawas, nanti kau kena panggil lagi. Kena hukuman tatatertib lagi. Lagi susah," kata Hazami memujuk.
"Habis tu, kau nak suruh aku buat apa? Jadi pak turut? Ikut saja semua arahan mereka!" Kasar suara Najmi. Dadanya berombak menahan marah.
"Haa...kita kena bijak Najmi. Kita seksa pengawas-pengawas ni semua dalam diam-diam!" Idea jahat terbit dari mulut Hazami.
"Seksa diam-diam? Maksud kau?" Soal Najmi tidak mengerti.
"Begini...."

Pesta Buku SACC

• Masa : 9:24:00 PG • Ulasan : 0 • Label :


Alhamdulillah.. kita merancang, tetapi perancangan dan aturan Allah selalunya lebih baik. Ketika waktu cuti, ada terbaca mengenai novel Margasatwa karangan Saidee Nor Azam. Pertama kali tengok kulit depan novel tu terus teringin nak dapatkan. Haha...ditambah dengan sinopsis yang agak menarik....lagi la teringin. Mula-mula cuba cari di area sungai petani. Tapi tak dapat. Kecewa, tapi rupa-rupanya Allah nak aturkan yang lebih baik.. Pesta Buku!!

Haha...ada pesta buku dekat Shah Alam Convention Centre. Nasib baik tak beli lagi..haha..kalau beli di pesta buku boleh dapat murah.

Novel-Bab 9

• Masa : 3:49:00 PG • Ulasan : 0 • Label :
BAB 9
 "Mana Syahril dan Irzan?" Soal Ustaz Rahman pada Mustakim.
Mustakim hanya membisu. Dia tidak tahu hendak memberi alasan apa pada wardennya itu. Sebentar tadi dia sudah maklumkan pada dua sahabatnya itu bahawa ustaz ingin berjumpa mereka bertiga. Tapi entah kenapa, dua lelaki itu buat endah tak endah sahaja dengannya. Semenjak dari peristiwa malam itu, Mustakim perasan yang mereka berdua cuba menjauhkan diri darinya. Dipujuk hatinya agar bersabar. Kata-kata Amiruddin masih tersimpan kemas di hatinya.
"...bayangkanlah kalau Rasulullah itu seorang yang tidak sabar abang....nescaya Islam akan terkubur di bumi Mekah dan kita tidak akan merasai ni'matnya."
"Mustakim!"
"Ahh...ya, saya ustaz!"
Mustakim kembali ke alam nyata. Imbauan semalam terlerai.
"Termenung pula kamu ni. Ni Shahril dan Irzan dah datang."
Mustakim memandang dua lelaki itu. Mereka membuatnya seperti tidak wujud. Tidak bertegur walau sepatah kata.
"Begini...saya dan Cikgu Ramzi dah berbincang yang kita akan adakan satu spotcheck asrama mengejut."
Shahril dan Irzan saling memandang. Mustakim kelihatan tenang.

Novel-Bab 8

• Masa : 2:43:00 PG • Ulasan : 0 • Label :
BAB 8
 Dewan Luqman Al-Hakim kelihatan sibuk. Seperti biasa, setiap pagi ahad, perhimpunan mingguan akan diadakan di dewan ini. Tidak seperti hari-hari lain,para pelajar tidak perlu berhimpun di asrama tapi terus saja ke dewan utama sekolah ini. Pada perhimpunan mingguan inilah maklumat-maklumat penting akan disampaikan oleh para guru dan pihak pentadbiran sekolah. Bagi pelajar, perhimpunan pagi tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai satu tiket untuk tidak masuk ke kelas awal pagi. Hanya  segelintir yang mungkin menganggap perhimpunan ini penting.
Seperti biasa, Amiruddin menjadi orang terawal datang ke dewan. Sebelum ini dia sering datang sebagai pengawas bertugas. Namun tahun ini dia menjadi pelajar biasa. Tahun rehat. Kerana itu dia perlu beratur bersama-sama pelajar lain. Dari jauh, Amir memerhatikan Mustakim di atas pentas. Dia bersama-sama pengawas junior sedang bersiap-siap untuk perhimpunan pagi itu.

Novel-Bab 7

• Masa : 5:45:00 PTG • Ulasan : 0 • Label :
BAB 7
 Malam hujung minggu, tidak ada yang lebih menyeronokkan di asrama selain daripada menonton televisyen. Tambahan pula pada malam jumaat, TV3 akan menayangkan rancangan Mega Movie yang selalunya menghidangkan cerita-cerita aksi yang sangat disukai para pelajar terutamanya pelajar putera. Malam itu, cerita Ironman 3 terpampang di kaca televisyen. Apa lagi? Berebut-berebutlah pelajar putera memenuhi bilik tv yang luasnya tak jauh beza dari luas sebuah dorm. Mana mungkin mahu menampung pelajar putera yang mencecah hampir 300 orang lebih! Akibatnya hanya yang 'berkuasa' akan dapat duduk, manakala yang tidak 'berkuasa' seperti junior-junior akan berdiri ataupun curi-curi melihat dari celah tingkap bilik Tv.
Saat ini, Hafizan yang merupakan antara pelajar tingkatan 4 yang ditakuti adik-adik sedang 'menguasai' tempat duduk hadapan. Baru beberapa minit cerita bermula, Hazami masuk dari pintu dan terus menghala ke arah Hafizan. Dia membuat isyarat supaya Hafizan beransur dari kerusi itu. Dia mahu duduk di situ. Hafizan menghadiahkan jelingan tajam pada 'musuhnya' itu. Walaupun mereka setingkatan,namun mereka berbeza kumpulan.

Novel-Bab 6

• Masa : 7:11:00 PTG • Ulasan : 0 • Label :
BAB 6
 Malam Jumaat di asrama merupakan malam yang paling menggembirakan. Mana tidaknya. Malam inilah para pelajar tidak perlu terkejar-kejar ke kelas prep. Tambahan pula esok hari minggu. Maka aktiviti mereka sedikit bebas. Selalunya waktu malam sebegini, para pelajar akan mengisi masa dengan menonton televisyen di bilik tv asrama. Ada yang melepak di surau, berbual-bual dan juga tidak kurang yang beribadah. Malah ada juga yang mengulangkaji pelajaran di bilik study mahupun di dorm sendiri. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Sama ada ingin menggunakan masa sebaik mungkin atau membazirkannya dengan perkara sia-sia. Malangnya, kebanyakan dari pelajar asrama suka membazirkan masa yang ada. Benarlah kata Rasulullah S.A.W, 'Terdapat dua ni'mat yang mana manusia sering lupakan, iaitu ni'mat sihat dan juga masa lapang.'
Namun bagi Aina, dia sangat sensitif dengan masa. Jarang sekali dia menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia. Saat ini dia sedang mengikuti satu Usrah yang dikendalikan oleh seniornya Kak Aisyah. Dia selaku penolong ketua BADAR merupakan seorang yang amat dihormati. Malam itu, perbincangan mereka berkisar soal hati.
 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious