Aku dan Penulisan...

• Masa : 4:35:00 PG • Ulasan : 2 • Label :

Assalamualaikum w.b.t. :)

Apa khabar semua? Moga sentiasa sihat dan berkat dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Sejuta kemaafan ku pinta kerana lama menyepi, haha. Sorry la semua ya, apa nak buat, sibuk dengan study dan kerja-kerja lain (alasan yang sama lagi :p ), sampai merajuk dah blog aku ni. (Jangan marah saya guna ganti bahasa diri 'aku'. Nak lebih natural and friendly kat bahagian 'Cerita Diriku' ni :)).

Emm, hari ni aku nak kongsi sedikit tentang kisah hidup aku. Walaupun cerita aku ni mungkin tak memberi apa-apa maksud pada hidup korang yang membaca entry ni, tapi aku harap korang cuba lah paksa diri untuk cari walau sedikit pengajaran yang terselit, haha.

Aku dan Penulisan...

Mesti ada antara pembaca yang tertanya-tanya, apa sebab atau punca aku suka menulis. Kan, kan? Aku pasti, penulis-penulis kat luar sana mesti ada sebab masing-masing yang buatkan mereka suka menulis. Sama lah jugak macam aku, ada la beberapa peristiwa or sebab yang jadi dalam hidup aku, dari aku kecil sampailah besar 'sihat' macam sekarang ni, yang buatkan aku suka nak menulis walaupun tak ada orang yang nak baca pun penulisan aku ni, haha. Nak tahu? Haa, teruskan membaca.

Aku Bukan Kanak-Kanak Biasa

Iron Lim-Avenger Malaysia


Eh, korang jangan salah faham. Aku bukan nak cakap aku ni luar biasa atau ada super power sampai aku boleh join Avenger (walaupun gambar aku kat atas ni saling tak tumpah macam Tony Stark, haha). Aku kata aku ni 'bukan kanak-kanak biasa' sebab aku rasa hidup aku masa kecil dulu tak sama macam kanak-kanak ribena yang lain. Aku masa kecil-kecil dulu tak bebas macam budak-budak lain sebab ayah aku sangat garang dan tegas. Dia tak suka anak-anak dia buang masa dengan main bola kat padang waktu petang, lepak-lepak naik basikal/motor dengan kawan-kawan, atau main game kat cyber cafe. Kalau aku kena tangkap dengan ayah aku buat benda-benda ni, memang nahas la aku kena, haha. So, masa aku banyak dihabiskan di rumah tolong mak dan ayah aku. Kalau nak keluar rumah pun sama ada aku nak pergi kedai beli barang untuk mak aku ataupun pergi surau untuk solat, tu je. So, bila kat rumah ni, kebosanan yang melanda tu memang tahap tak terkata punyalah. Sampai satu masa, disebabkan aku bosan, aku pun bacalah buku-buku yang ada kat rumah. Aku ingat lagi, masa sekolah rendah, aku selalu baca buku karangan kakak aku (buku rujukan karangan yang ada macam-macam jenis karangan tu lah, tak kan tak tahu? Yang ada karangan biografi dan lain-lain tu, haha).

Contoh karangan Biografi (sumber : Google)


Yang lawaknya, aku khatam buku tu berkali-kali sebab aku bosan dan tak tahu nak buat apa dekat rumah. Sampai dah boleh hafal ayat-ayat yang ada dalam buku tu. Kesannya, waktu sekolah rendah dan sekolah menengah memang aku perform la dalam subjek Bahasa Melayu-Penulisan. Sampaikan satu masa, aku pernah kena tegur dengan cikgu sebab aku selalu tulis panjang-panjang sangat dalam karangan aku. Orang lain punyalah berkerut dahi mencari idea, aku ni pulak berkerut dahi fikir macam mana nak pendekkan karangan aku. Aku rasa ni la salah satu sebabnya sampai sekarang aku suka membaca dan menulis.

Sebab lain? Haha, sabar, tak habis lagi. Ada lagi sebab-sebab yang buatkan aku suka menulis. Tapi tak sempat la nak cerita sekarang, next time okey. :p

Bersambung...

2 ulasan:

scya lollita berkata...

Cerita aku dan ehem2 pulak lepas ni.

Unknown berkata...

Aip2, jangan nakal2 kak sya..haha

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious