BAB 8
Dewan Luqman Al-Hakim kelihatan sibuk. Seperti biasa, setiap pagi ahad, perhimpunan mingguan akan diadakan di dewan ini. Tidak seperti hari-hari lain,para pelajar tidak perlu berhimpun di asrama tapi terus saja ke dewan utama sekolah ini. Pada perhimpunan mingguan inilah maklumat-maklumat penting akan disampaikan oleh para guru dan pihak pentadbiran sekolah. Bagi pelajar, perhimpunan pagi tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai satu tiket untuk tidak masuk ke kelas awal pagi. Hanya segelintir yang mungkin menganggap perhimpunan ini penting.
Seperti biasa, Amiruddin menjadi orang terawal datang ke dewan. Sebelum ini dia sering datang sebagai pengawas bertugas. Namun tahun ini dia menjadi pelajar biasa. Tahun rehat. Kerana itu dia perlu beratur bersama-sama pelajar lain. Dari jauh, Amir memerhatikan Mustakim di atas pentas. Dia bersama-sama pengawas junior sedang bersiap-siap untuk perhimpunan pagi itu.