novel-bab2

• Masa : 10:39:00 PG • Ulasan : 0 • Label :
BAB 2
Aina Nasuha melangkah masuk kedalam surau An-Najjah. Suasana sepi. Belum ada sesiapa disitu. Waktu sekarang pelajar rata-ratanya berada dipadang untuk beriadah. Mungkin juga berada dikelas untuk mengulangkaji pelajaran. Malah tidak kurang juga yang berada didorm membuat peta diatas tilam. Tidur petang! Amalan itu boleh dikatakan sudah sebati dalam jadual harian sesetengah pelajar. Namun, bagi Aina, amalan tidur petang sangatlah tidak baik. Dia lebih rela termenung daripada tidur selepas waktu asar. Waktu petang begini, Aina lebih suka menghabiskan masanya di surau. Menatap kalamullah yang menenangkan jiwa pembacanya.
Aina tidak pernah lupa satu hadis yang pernah dia pelajari tentang Al-Quran. Melalui hadis tersebut….
Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat dalam kalangan manusia.” Sahabat bertanya, “Siapakah mereka, Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Mereka adalah ahli Al-Quran, mereka kerabat Allah dan orang pilihan-Nya.”
( Hadis riwayat Ibnu Majah )
Semenjak mendengar hadis itu, Aina berazam untuk menjadi kerabat Allah. Dia rajin membaca Al-Quran. Malah dia sekarang sudah menghafaz banyak surah-surah pilihan. Dalam diam-diam, dia menanam azam untuk menjadi penghafaz Al-Quran.

Setelah berwudhuk, Aina mengambil tempat di saf paling kanan di barisan hadapan. Tempat yang selalu menjadi pilihannya. Hampir kesemua pelajar puteri tahu itu tempat kesukaan Aina. Sekiranya hendak berjumpa Aina didalam surau, disitulah tempat yang dituju. Aina membuka Al-Quran kecilnya. Lalu, dengan suara yang sederhana dia mengalunkan ayat-ayat suci kalamullah. Dia tenggelam dalam syahdu makna ayat-ayat yang dibaca. Surah demi surah ditatap tanpa jemu.
Masa berlalu. Tanpa Aina sedari sudah hampir satu jam dia membaca Al-Quran. Dia hanya tersedar apabila mendengar zikir munajat mula berkumandang di pembesar suara surau An-Najjah. Sudah menjadi tradisi pelajar asrama SMKAY, setiap kali sebelum masuk waktu maghrib, pelajar-pelajar putera akan memimpin zikir munajat. Saat zikir munajat itu berkumandang, pelajar sudah dapat mengagak bahawa waktu maghrib akan masuk tidak lama selepas itu. Oleh itu mereka akan bergegas untuk bergerak ke surau.
Aina cuba mengamati suara pelajar putera yang memimpin zikir munajat itu. Setelah mendengar dengan teliti, Aina sedikit kecewa.
“ Bukan suara dia…” keluhan kecil terluah dari bibir munggil Aina.
Dia rindu ingin mendengar suara ‘dia’ mengalunkan zikir. Entah kenapa mendengar suaranya membuatkan hati Aina berasa tenang. Sebulan cuti membuatkan Aina teringat-ingat akan alunan zikir dari ‘dia’. Disebabkan itulah Aina semangat datang ke surau hari ini. Berharap ‘dia’yang akan memimpin zikir munajat pada hari ini. Namun harapan Aina tidak kesampaian.
“ Tak apa lah..mungkin baru hari pertama..esok-esok mungkin dia yang akan zikir..” bisik Aina pada dirinya sendiri. Sekadar menghiburkan kembali hati.
Beberapa minit kemudian, azan maghrib berkumandang. Surau yang tadinya riuh seperti pasar menjadi sunyi sepi. Hanya kalimah azan yang kedengaran. Waktu ini, para pelajar semuanya sudah berada didalam surau. Tidak ada yang dibenarkan berada diluar lagi pada waktu ini. Seusai azan, para pelajar bangun meluruskan dan merapatkan saf. Muazzin terus melafazkan Iqamah.
Aina membetulkan kedudukannya dalam saf. Dia menantikan imam mengangkat takbir. Serentak imam mengangkat takbir, bergetar hati Aina. Menitik air matanya. Cepat-cepat dia betulkan hati, berniat, kemudian bertakbir. Beberapa saat kemudian dia tenggelam dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh imam. Merdu dan syahdu. Membelai jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya.
***************
Hati Aina lapang. Gembira rasannya hari ini bila hasrat yang diimpikan tercapai. Dalam riuh suara pelajar itu, Aina tenang di tempat duduknya. Dengan cermat kain telekungnya dilipat. Kemudian dibawa untuk disusun dirak yang disediakan.
“Kak Aina!!”
“Allahuakbar!!”
Terangkat bahu Aina. Terkejut dengan sapaan tiba-tiba yang tidak dijangka. Kain telekung ditangan terjatuh. Aina menoleh kebelakang. Melihat empunya suara. Tercegat seorang gadis comel berwajah mulus. Senyuman manisnya mengundang senyuman Aina.
“Astaghfirullahala’zim..terkejut la Zila tegur akak tiba-tiba macam tu. Lain kali bagi la salam dahulu.” Kata Aina lembut. Dia mengangkat semula kain telekung yang jatuh tadi. Dikemaskan semula lipatannya. Lalu diletakkan kembali dirak.
“Hehe..sorry akak…” jawab Zila sambil tersengih. Buku teks sejarah tingkatan 1 yang dibawa dipeluk didada.
“Hah..ni tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa? Mesti ada apa-apa ni..” tebak Aina. Agak geli hati melihat telatah junior yang baru dikenalinya itu. Comel!
“Tak ada apalah kak Aina. Saja nak jalan pergi kelas prep sekali dengan kak Aina. Boleh tak?” pinta Zila. Senyuman tadi masih menghiasi wajahnya yang berwarna kuning langsat itu. Sedap dipandang.
“Oh..boleh ja. Jomlah kita gerak cepat sikit. Dah lewat ni.”
Aina dan Zila jalan beriringan keluar dari surau. Waktu itu surau sudah hampir lengang. Pelajar-pelajar lain sudah bergerak ke kelas persediaan malam atau lebih biasa disebut sebagai prep malam oleh pelajar asrama. Aina mempercepatkan langkahnya kerana bimbang dimarahi warden bertugas.
“Akak..boleh Zila tanya something?” Gadis molek itu tiba-tiba bersuara.
“Eh..boleh sangat. Nak tanya apa?” Aina memberi perhatian. Sesekali dia memandang sekeliling, melihat kalau-kalau termuncul kelibat warden bertugas.
“Siapa yang jadi imam maghrib tadi ya?”
Aina memandang pelik wajah Zila. Soalan itu mengundang tanda tanya.
“Eh..kenapa nak tahu ni? Berminat ke?” Aina menahan ketawanya. Cuba mengusik Zila.
“Eh..akak ni… kesitu pulak.. bukan berminat…tapi sukalah dengar suara abang tu jadi imam. Sedap betul. Rasa sayu ja dengar…” luah Zila jujur.
Aina hanya tersenyum. Tidak mengiyakan mahupun menidakkan. Namun, jauh disudut hati, dia mengakui kenyataan itu. Malah dia sendiri menangis tika solat maghrib tadi. Bacaan ‘dia’ sangat menusuk hati.
“Itu abang Amiruddin. Amiruddin Abdullah….”
“Amiruddin? Hem…mesti baguskan dia akak?” kata Zila.
“Haha..nanti Zila kenal la siapa abang Amiruddin tu. Zila baru ja berapa hari kat sini kan…Jangan gopoh-gopoh.” Aina menepuk lembut bahu gadis itu. Sengaja ingin mengusik.
“Hehe..baik akak…akak jangan salah faham la…saya suka dengar abang Amiruddin jadi imam ja. Bukannya apa pun..”
“Ye la tu…sudah, pergi masuk kelas. Dah lewat ni!” Arah Aina bila mereka sampai ke kelas pelajar tingkatan satu. Zila menyalami tangan Aina. Lalu gadis itu berlari anak masuk ke kelas 1 Hidayah.
Mata Aina mengekori pergerakan Zila yang hilang disebalik pintu kelas 1 Hidayah. Dia kemudian mengubah haluannya ke arah blok kelas tingkatan empat yang terletak bertentangan dengan blok kelas tingkatan satu. Semasa melepasi blok tingkatan satu itu, kelihatan beberapa orang senior lelaki tingkatan lima sedang melepak di luar tandas. Aina mempercepatkan langkahnya.
“Hai, cik adik manis! Nak kemana sorang-sorang ni?”
Tersentak Aina. Langkahnya terhenti. Terhalang oleh seorang senior yang berwajah gelap. Bergerutu mukanya dengan jerawat.
“Nama siapa?” soal Najmi pula. Dia ketua bagi kumpulan itu. Terlihat sengihan nakal diwajahnya.
Aina membisu seribu bahasa. Dia resah. Hatinya mula berzikir. Cuba menenangkan hatinya apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar nakal sekolah.
“Haha…adik malu ke? Berat tak buku tu? Mari abang tolong bawakan..” kata seorang lagi kawan Najmi. Tangannya cuba mencapai buku yang dipeluk Aina. Namun….
Papp!!!
Mereka semua menoleh. Terkejut apabila tangan pelajar tadi ditampar seseorang. Menghalang tangan itu dari menyentuh buku Aina. Pelajar nakal yang kelihatan ingin bersuara tadi terdiam apabila melihat si penyelamat Aina itu. Masing-masing tidak bergerak. Mereka hanya memandang Najmi. Menunggu arahan si ketua.
“Jom.. balik kelas!” arah Najmi selepas diam beberapa ketika. Mereka yang lain membuntuti langkahnya. Semakin lama, semakin jauh. Kemudian, hilang disebalik tangga.
Aina mengutip bukunya yang jatuh berselerakan akibat ditarik tadi.
“ Diorang ada buat apa-apa ke kat awak?” soal Abang Mustaqim, ketua pengawas tahun itu. Nasib baiklah dia kebetulan lalu disitu tadi. Kemudian ternampak kejadian itu. Kalau tidak, entahlah apa yang akan dibuat oleh si Najmi dengan kawan-kawannya pada Aina.
Aina hanya menggeleng. Dia menunduk sebagai tanda ucapan terima kasih pada Mustaqim. Dia malu nak bercakap dengan lelaki itu. Setelah itu dia cepat-cepat berlalu pergi kembali ke kelas.
Mustaqim terkebil-kebil memandang perlakuan Aina itu. ‘Bagus betul, pemalu orangnya..,’ monolog Mustaqim dalam hati. Dia tercegat disitu melihat kelibat Aina hilang dari pandangan. Beberapa saat kemudian dia mengatur langkahnya kembali ke kelas. Mindanya bergerak seiring dengan pergerakannya. Memikirkan masalah tadi! Masalah pelajar-pelajar tingkatan lima yang semakin menjadi-jadi nakalnya!
Dia sangat bimbang tahun ini, kerana batch dia dan Najmi merupakan senior yang paling tua sekali, senior tingkatan lima! Sedangkan tahun lepas pun Najmi sudah berani timbulkan pelbagai masalah. Tahun ini apatah lagi! Mesti lagi banyak agenda-agenda ‘kreatif’ yang dirancangkan oleh Najmi dan sekutunya. Lompat pagar! Pecah masuk asrama puteri! Mencuri! Memukul junior! Apa lagi? Semua mereka pernah buat! Ah!! Pening!
Mustaqim memicit kepalanya. Rasa berdenyut! Pening memikirkan masalah pelajar-pelajar nakal yang tak pernah-pernah selesai. Apakah tahun ini akan lebih terkawal dari tahun lepas?
Sepi…..
Tidak ada jawapan bagi soalan itu!

Tiada ulasan:

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious