Aku dan Penulisan. (Bahagian 2)

• Masa : 9:11:00 PTG • Ulasan : 2 • Label :

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar hari ni? Moga sihat dan aman semuanya. :)

Tak nak intro panjang-panjang. Straight to the point, hari ni aku nak sambung cerita kenapa aku suka menulis.

Eh, korang tak baca lagi ke yang aku tulis beberapa hari lepas? Ala, tak seronok la nak sambung macam tu. Tak pe, tak pe, meh kita baca yang lepas tu dulu kat Aku dan Penulisan ni, hehe.

Okey, dah baca kan? Good, hehe. Jom, kita sembang pulak sebab kedua kenapa aku suka menulis. :p

Mencontohi Teladan


Masa aku kecil-kecil dulu, dalam umur tadika ke sekolah rendah dulu, aku ni jenis yang suka mengikut apa yang abang-abang aku buat. Biasa la kan , budak-budak mentah lagi kan, haha. Apa yang orang buat, semua nak ikut. Abang aku buat nakal, aku pun buat nakal. Kalau diorang buat benda baik, aku pun buat la benda baik. Nak dijadikan cerita, abang sulung aku memang antara abang yang paling terbaiklah. Dia seorang abang yang sangat bertanggungjawab, bermotivasi dan semua yang baiklah. Dia selalu ajak kitorang (lima adik lelaki yang lain termasuk aku) untuk buat benda-benda yang baik macam pergi surau, kemas rumah dan lain-lain. Senang cerita, dia memang abang yang baik dan boleh dijadikan contoh dalam hidup aku.

Abang sulung yang selalu menjadi sumber motivasi (sumber : curi kat Whats App :p)

Dipendekkan cerita, satu hari tu, masa aku tengah kemas-kemas rumah bujang kitorang, aku terjumpa satu exam pad terselit antara banyak-banyak buku yang ada kat rumah tu. Aku pun ambillah tengok. Dah berhabuk dan sedikit kekuningan kertas exam pad tu tanda kertas tu dah lama. Aku pun belek-belek lah helaian exam pad tu. Kat situ, ada tertulis cerita (manuskrip novel) yang ditulis oleh abang aku dengan pensil. Aku pun khusyuk membaca sampai terlupa aku tengah mengemas (tertangguh kerja tanpa sedar, haha). Tapi, agak mengecewakan bila cerita tu tak habis ditulis. Entah la kenapa tak habis ditulis. Sama ada dah malas ke, tak ada idea ke, sibuk ke, aku pun tak tahu. Tapi, lepas aku baca tulisan abang aku tu, ,memang aku kagum habis la dengan dia. Tak sangka dia ada bakat menulis macam tu dan jeng, jeng, jeng, macam aku cakap tadi la, aku kan suka follow apa yang abang aku buat. So, mula dari hari tu lah, minat aku untuk menulis pun mula membuak dalam diri. Tapi, niat je lahh, tak menulis jugak, :p.

Sendirian di Rimba

Perghh, hari tu dah jadi Avenger-Iron Lim, tak kan hari ni nak jadi Tarzan Lim pulak, haha. Tak de lah. Sebenarnya, lepas selesai pengajian di Kolej Mara Kulim dulu, aku pernah dihantar bertapa selama lebih kurang sebulan lebih di sebuah dusun di Jeniang, Kedah. Kebetulan masa tu, musim durian, so dusun ayah aku kat Jeniang ni memang penuh dengan durian lah. Tapi.... masalahnya bukan penuh dengan durian je, monyet pun penuh. Habis dikerjakannya durian ayah aku ni, haha. So, ayah aku pun mencadangkan aku untuk bertapa di dusun tu sambil menjaga durian-durian tersebut dari serangan tentera monyet.

Mula-mula aku ingat ayah aku bergurau je, tapi betul-betul rupanya. Mereputlah aku selama hampir sebulan lebih dekat dusun tu seorang diri. Cerita pasal pengalaman aku kat dusun ni mungkin aku boleh cerita lain kali rasanya, haha. Sebab sepanjnag aku kat dusun tu, banyak jugak pengalaman-pengalaman yang aku alami. So, dipendekkan cerita, kerana kebosanan yang amat sangat, aku pun mula menulis semasa aku bertapa kat dusun tu. Semenjak dari situlah aku baru betul-betul menulis dan menulis sampailah sekarang. :)

So, korang yang membaca entry ni, kalau ada terdetik niat nak menulis tu, cuba-cubalah, tak rugi In Syaa Allah. Kalau penulisan kau tak dibaca oleh orang lain pun, sekurang-kurangnya apa yang korang tulis tu jadi satu memori untuk korang. :p

So, apa tunggu lagi? Menulislah. :)


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kagum dgn awak! Pengalaman yg org lain tak pernah rasa.Teruskan usaha menulis :-)

nohara al-ramadani berkata...

Masing2 ada pengalaman masing2...sometime kita belajar jugak dr pengalaman org lain..moga org yg membaca dapat ambil manfaat walau sedikit..

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious