Pesta Buku SACC

• Masa : 9:24:00 PG • Ulasan : 0 • Label :


Alhamdulillah.. kita merancang, tetapi perancangan dan aturan Allah selalunya lebih baik. Ketika waktu cuti, ada terbaca mengenai novel Margasatwa karangan Saidee Nor Azam. Pertama kali tengok kulit depan novel tu terus teringin nak dapatkan. Haha...ditambah dengan sinopsis yang agak menarik....lagi la teringin. Mula-mula cuba cari di area sungai petani. Tapi tak dapat. Kecewa, tapi rupa-rupanya Allah nak aturkan yang lebih baik.. Pesta Buku!!

Haha...ada pesta buku dekat Shah Alam Convention Centre. Nasib baik tak beli lagi..haha..kalau beli di pesta buku boleh dapat murah.




So...dipendekkan cerita..aku pun join la kawan-kawan pergi pesta buku ni. Sampai ja kat situ, dari jauh, aku nampak booth buku prima. Terus melangkah ke situ. Aku scan buku dari atas ke bawah. Kiri ke kanan dan haaa....jumpa pun Margatsawa!! Alhamdulillah...sebab sale, dapat murah sedikit. RM 19 ja..kan jimat beberapa ringgit.

Pastu, aku tengok buku-buku lain. Tapi tak ada satu pun yang berkenan. Banyak sangat novel sekarang. Sampai tak tahu nak beli yang mana. Dah puas scan kat booth buku prima, aku pun pusing-pusing kat booth2 lain...sampai kat satu booth tu aku jumpa buku Hilal Ashraf, VT2. Tak cakap banyak, aku terus beli. Buku Hilal selalunya tak mengecewakan..haha.

Selesai di satu, aku pun jalan lagi. Tengok-tengok kalau-kalau ada buku yang best. Tengah khusyuk mencari, tiba ternampak kelibat seseorang yang agak familiar bagi aku. Bila diperhati betul-betul...Haaa.. Hilal Ashraf!!!

Haha...penulis yang aku kagumi, yang dah lama aku teringin nak jumpa, ada depan mata. Tak cakap banyak aku patah balik. Mencari-cari kawan aku yang datang bersama. Buat apa? Haha..tolong jadi jurukamera la..

Alhamdulillah...dapat bersalam dan bergambar dengan beliau. Aku bukan fanatik. Cuma minat dan kagum dengan anak muda sepertinya. Ada wawasan dan matlamat yang hebat. Moga aku dapat ikuti jejak langkahnya.

InsyaAllah..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Moga Allah bantu kita semua dalam perkara kebaikan... aminnn

Tiada ulasan:

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious