Matlamat.

• Masa : 5:03:00 PG • Ulasan : 2 • Label :

Assalamualaikum w.b.t... :-)
Apa khabar pembaca sekalian? Moga sihat seadanya....alhamdulillah masih diberi keizinan menulis. Hari ini nak berkongsi sedikit tentang matlamat. Kenapa matlamat? Haha...sebab baru-baru ni saya dijemput untuk memberi pengisian pada junior-junior yang baru. Semasa dijemput, sebenarnya hati ini berat ingin memenuhi. Bukannya apa, cuma rasa tidak layak. Rasa ada orang yang lebih baik yang sepatutnya dipanggil.

Cuma setelah berfikir dua tiga kali, saya terima juga permintaan ini kerana menganggap ini sebagai satu peluang untuk berkongsi rasa dan peluang untuk membaiki diri sendiri. Apa kaitannya memberi pengisian dengan membaiki diri saya sendiri?


Jawapannya adalah kerana apabila kita memberi nasihat kepada orang lain, sebenarnya kita sedang memberi nasihat dan peringatan kepada diri kita sendiri. Cuba fikirkan. Kalaulah kita memberi nasihat kepada seseorang, takkanlah kita hendak menasihati sesuatu perkara yang kita tidak lakukan? Sudah semestinya tidak bukan. Melainkan kita ini orang yang tidak sedar diri. Nasihat orang pandai, tapi diri sendiri tak tahu buat!
Itu salah satu kebaikannya. Bila menasihati, kita sendiri akan cuba melakukan perkara itu juga.

Sebaliknya pula, sekiranya perkara yang kita ingin sampaikan itu tidak pernah kita lakukan, kita mungkin akan mengamalkannya selepas kita berkongsi dengan orang lain. Kerana itulah dalam Islam kita sangat digalakkan untuk saling nasihat-menasihati ke arah kebaikan.

Berbalik kepada permulaan cerita tadi, saya tercari-cari apa  pengisian yang ingin saya kongsikan kepada adik-adik ini. Akhirnya terlintas kembali saat saya mengikuti kelas Tamadun Islam di UITM. Ustazah yang mengajar ketika itu menekankan kepada kami betapa pentingnya mempunyai matlamat dalam kehidupan seorang pelajar. Katanya...

"Kalau hidup kamu sebagai student tidak mempunyai matlamat, kamu tak akan capai cita-cita kamu. Hidup kamu akan terumbang-ambing. Kamu akan buang masa kamu. Tetapi berbeza jika kamu mempunyai matlamat..kamu akan sedaya upaya untuk mencapainya."

~lebih kurang beginilah kata-katanya~

Matlamat?? Pentingkah matlamat??

Analoginya begini...bayangkan sekumpulan pemain bola sepak yang bermain bola di dalam padang. Mereka bertungkus lumus menggelecek bola. Melepasi halangan lawan. Namun mereka tidak ada keinginan menjaringkan gol. Hanya berpenat lelah menggelecek bola sesama sendiri. Apabila permainan tamat, apa yang mereka dapat? Tidak lain tidak bukan hanyalah penat dan lelah.

Itulah perumpamaan mudah bagi orang yang hidupnya tiada matlamat. Dia melalui hari-harinya yang melelahkan tanpa ada hala tujuan. Akhirnya dia hanya merasai kepenatan dunia tanpa dia mencapai sesuatu kejayaan.

Kerana itulah kita perlu menetapkan matlamat kita masing-masing. Tidak kiralah status kita sebagai apa sekalipun, kita perlu mempunyai matlamat. Supaya dengan matlamat itu, kita akan berusaha sedaya upaya kita, kita akan menggunakan masa kita sebaiknya untuk mencapai apa yang kita hendaki.

Persoalannya....

Adakah aku mempunyai matlamat?

Apakah matlamat aku?

Kalau tidak ada, bagaimana aku nak menentukannya?

Bersambung.........

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Menarik tajuk ni. Boleh sambung kongsikan lagi tak? Berminat nak baca...

nohara al-ramadani berkata...

noharaal-ramadani.blogspot.my/2015/02/matlamat-2.html?m=1

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious