Powerbank VS Quran!

• Masa : 5:32:00 PTG • Ulasan : 4 • Label :
sumber : Google

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Hehe, maaflah kerana lama menyepi. Sepiku bukanlah bermakna rajuk. Diamku bukanlah bermakna jauh hati. Haha, ayat berbungalah kononnya. Senang cerita penulisan di sini tertangguh kerana saya memfokuskan penulisan pada manuskrip novel dan juga himpunan cerpen saya. Alhamdulillah, manuskrip novel sudah siap dan dalam proses mengedit semula apa yang patut. Cerpen pula masih dalam proses. Doakanlah apa yang saya usahakan ini dipermudahkan oleh Allah. Amin!

Tajuk? Kenapa dengan tajuk? Oh, powerbank. Haa, hari ni saya nak cerita satu kisah. Jom kita baca!


Powerbank dan Power Supply



Tittt!!

"Eh, ala, bateri fon aku dah nak mati la! Ada siapa-siapa bawa powerbank?" soal Izwan pada kawannya yang lain.

"Aku tak bawa."

"Tertinggal."

"Sorry bro, aku tengah guna sekarang. Bateri phone aku pun dah merah."

Izwan mengeluh. Belum sempat dia membebel.

Tittt!!

Sekali lagi phonenya berbunyi. Tetapi kali ini padam terus.

"Cis, sial!"

Sepanjang hari itu mood Izwan berubah. Suram. Tak boleh melihat phone, membuatkan dia tidak senang duduk. Mungkin resah kerana tidak dapat membalas mesej buah hatinya.

Setelah pulang ke kolej, rakan-rakan Izwan bergegas untuk menunaikan solat zohor. Jam sudah menunjukkan pukul 3.57 pm. Sudah lewat. Semuanya angkara jalan sesak disebabkan oleh kemalangan yang berlaku tadi. Namun Izwan tidak kalut untuk menunaikan solat, tetapi dia terlebih dahulu mencari charger phonenya dan plug. Dipasang dan dipetik suiz. Tapi tidak berfungsi.

"Wan, blackout la," kata roommate Izwan.

"Arghhh! Sial! Semua tak kena!" pekik lelaki itu sambil membaling iphone 6s miliknya ke dinding bilik.

Penerangan

Ringkasan cerita ini, Izwan merupakan seorang pemuda yang tidak mampu hidup tenang tanpa telefon bimbitnya. Oleh sebab itu, powerbank dan power supply sangat penting kerana dua sumber itulah yang akan mengekalkan 'hidup' telefon bimbitnya.

Analogi.

Saya mahu pembaca umpamakan : 
  1. Telefon bimbit = Iman
  2. Power Bank = Amalan sunat.
  3. Power supply = Solat 5 waktu.
Telefon Bimbit VS Iman

Izwan tak dapat hidup tenang tanpa telefon bimbitnya kerana alat itu memang sangat penting. Saya yakin kita juga begitu. Betulkan? Banyak maklumat yang disampaikan hanya melalui telefon bimbit. Melalui SMS, whats app, facebook dan bermacam lagi. Semuanya di dalam telefon bimbit kita. Pernah telefon bimbit kita rosak? Pasti kita tidak senang duduk bukan. Pasti ada saja usaha kita untuk kita repair semula harta kita yang berharga itu.

Begitulah Iman. Iman sangat penting bagi diri kita seorang manusia. Tanpa Iman diri kita langsung tiada nilai. Kerana secebis Iman kita boleh menempah syurga dan tanpa Iman pula kita boleh menjunam ke dalam neraka. Tapi sejauh mana kita rasa kepentingan Iman dalam hidup kita? Fikir sendiri!

Powerbank VS Amalan Sunat

Alat ciptaan manusia. Berguna ketika kita berjalan jauh. Sebagai backup kepada power supply. Saya pasti kita semua mempunyai powerbank masing-masing. Pasti! Benda itulah kita bawa ke sana sini walau ke mana kita pergi. Bimbang telefon bimbit kita mati. Adakah orang yang rajin mencari plug mahu mengecas telefon bimbitnya ketika berjalan jauh?

Itulah umpamanya amalan sunat kita. Yang saya maksudkan di sini ialah Al-Quran, dan sudah tentu amalan-malan sunat yang lain. Cukupkah makanan Iman kita kalau sekadar bergantung kepada amalan wajib? Belum tentu. Sebab itulah kita perlu topup Iman kita dengan amalan sunat sebagai backup sebagaimana kita jadikan powerbank sebagai backup bateri telefon bimbit kita.

Power Supply VS Solat 5 Waktu

Powerbank hanya kita gunakan bila kita berjalan jauh. Selalunya begitu. Tetapi bergunakah powerbank jika kita tiada power supply? Powerbank itu sendiri perlu dicas sebelum boleh digunakan. Jadi semuanya bergantung kepada power supply. Tanpa power supply, powerbank tidak ada guna dan bateri telefon pula akan terus mati tidak dapat dicas.

Begitulah perumpamaan pentingnya Solat 5 Waktu pada amalan sunat kita dan seterusnya Iman kita. Walau sebanyak mana amalan sunat kita lakukan (power bank banyak), tapi amalan wajib kita hancur (tak ada power supply) maka Iman kita akan kehabisan 'powernya'.


Kesimpulan

Peliharalah Solat 5 Waktu kerana ia sumber utama makanan Iman kita. Kemudian tambahlah amalan-amalan sunat sebagai backup sekiranya ada lompong pada amalan wajib kita. In Shaa Allah sekiranya ini kita pelihara, Iman kita akan akan terus hidup dan terpelihara. Wallahua'lam.

"Siapa yang menjaga solat lima waktu, baginya cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat. Siapa yang tidak menjaganya, maka ia tidak mendapat cahaya, bukti dan tidak mendapatkan keselamatan pada hari kiamat. Pada hari kiamat, ia akan bersama Qorun, Fira'un, Haman, dan Ubay Bin Kholaf."

Hadis riwayat Ahmad.



4 ulasan:

Farzana Damanhuri berkata...

Menariknya.
Perumpamaan tu reka sendiri ke?

Unknown berkata...

Ilham dari Allah Farzana Damanhuri ... terpikir bila pergi mana-mana asyik bawa power bank,haha. :)

Unknown berkata...

Alhamdulillah..menarik..moga berjaya..nnt nk bca novel halim

Unknown berkata...

thanks fatin, ilham semua dari Allah :)

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious