Kembara Gunung Angsi

• Masa : 8:34:00 PG • Ulasan : 3 • Label :


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap sihat seadanya. :)

Hari ini terdetik di hati nak berkongsi pengalaman menarik hidup sebagai seorang Komander Kesatria. Komander tu apa? Haha, next time I will story more about Komander sebab hari ni nak cerita tentang pengalaman menarik saya bersama komander-komander yang lain mendaki Gunung Angsi.

Sebenarnya program ini merupakan salah satu program kami yang berjaya dilaksanakan pada tahun ini dan dinamakan program 'Naga Panjat Gunung'. Kenapa Naga? Eh, banyak pula soalan, haha. Jawapannya sebab Naga merupakan lambang Batalion bagi Komander UiTM Puncak Alam & Puncak Perdana iaitu Batalion 14. :)

Gunung Angsi

Maklumat ringkas : 

Negara : Malaysia
Negeri : Negeri Sembilan
Daerah : Kuala Pilah
Mukim : Terachi
Kampung : Terachi
Ketinggian : 2702 kaki / 825 m

Perjalanan Pergi

Awal-awal pagi lebih kurang dalam jam 0430 pagi kami sudah bangun bersiap. Sebenarnya pagi tu masih mamai-mamai lagi sebab semalam sempat tidur sejam sahaja. Ada kerja malam tu dan berlarutan sampai 3 pagi lebih. Haa, rasakan lah penangan mata panda dan zombie sebab tak cukup tidur. Tapi sebab teruja nak bertapa di atas Gunung Angsi, diri ini masih dapat bertahan untuk stay concious. :)

Bersama Tuan Amin. Saya tak tahan sejuk sebab tu siap pakai sweater. :) Kolej bergelap lagi time ni. orang tidur, kami sudah siap nak mendaki Gunung. Fighting!!

Lebih kurang jam 5 lebih kami bertolak. Waktu ni tak tahu nak cerita apa sebab memang unconcious terus. Duduk saja atas seat bas, terus padam, haha. Mengantuk yang amat. Dalam perjalanan, kami berhenti solat subuh di R&R, kemudian teruskan perjalanan. Dalam bas juga lah kami sarapan pagi dengan sandwich yang disediakan oleh komander-komander siswi yang rajin. Thanks to them, hehe.

Tiba di Bukit Putus

Lebih kurang dalam pukul 0800 pagi kami tiba di Bukit Putus yang merupakan salah satu checkpoint permulaan untuk pendakian Gunung Angsi. Di sana kami disambut oleh pihak keselamatan atau 'renjer' yang selalu menjadi 'tour guide' untuk pendakian di sini. Kami dipantau oleh dua orang renjer, Tuan Zul dan seorang lagi yang lebih muda dan saya tak ingat namanya, haha.


Para komander berbaris sebelum mendaki di checkpoint Bukit Putus.


Tuan Nik, pegawai Kesatria yang turut bersama. Ketika ini beliau sedang memberi taklimat keselamatan.

Pendakian

Pendakian kami bermula lebih kurang dalam jam 0900 pagi. Boleh dikatakan perjalanan kami agak lambat kerana jumlah peserta yang ramai. Lebih kurang dalam 70 ke 80 orang. Pada awalnya saya anggap Gunung Angsi ni biasa saja, tapi bila dah naik, Masya-Allah, curam dan lincin. Banyak bukit yang perlu dilalui ditambah pula dengan keadaan tanah yang lembab dan berlumpur. Mungkin hujan agaknya semalam. Namun, semua komander nampak bersemangat dan ceria sepanjang pendakian. That's the spirit!


Keadaan bukit yang agak curam.


Tangga hanya di bahagian permulaan. 

Menawan Puncak

Lebih kurang 2 jam lebih lamanya kami berpenat lelah, akhirnya sampai juga ke puncak Gunung Angsi. Subhanallah, cantiknya pemandangan dari sini hanya Allah sahaja yang tahu. Di puncak ini, kami berehat, menghirup udara segar. Buat seketika terasa hilang semua masalah yang membelenggu diri ini. Tenang. Damai. Cewahh, haha.

Seperti biasa, sudah tentulah agenda utama diatas ini adalah bergambar, bervideo, berselfie dan sebagainya. Maka dengan itu, habislah setiap inci puncak ini yang cantik diredah komander-komander untuk bergambar, termasuklah saya, haha.


Bergambar di puncak Gunung Angsi yang ditawan.


Saya bersama enam orang sahabat. Kami lah Komander, kami lah Nurses.



Bersama roomate, Komander Tirmidzi. Komander yang paling power stamina buat masa ni.

Halangan

Kala di atas puncak, Tuan Zul cakap cuaca tak elok. Katanya langit gelap, dan kemungkinan hujan akan turun. Jadi, plan asal kami terbantut. Perancangan asal untuk turun melalui jalan lain iaitu ke checkpoint Ulu Bendul terpaksa dibatalkan kerana jaraknya lebih jauh. Akhirnya, kami turun kembali mengikut laluan yang sama ketika mendaki.

Life Experience

Ketika turun, saya termasuk dalam golongan yang paling belakang sekali. Bukan kerana kami semput, tapi kami lah yang penjadi 'pengawal' or 'sweeper' di belakang. Maksudnya kami lah yang akan push dan bagi support kalau ada yang penat. Walaupun tugas sweeper ini berat, tapi kami sangat happy dan enjoy kerana masing-masing ceria dan stay cool.



Geng Sweeper. Dari kiri gambar, Ise, Sharun, Tuan Amin, Tirmidzi, saya, Amin J, Seb. Yang duduk di depan sekali Salihin.

Dalam perjalanan turun, geng sweeper tertinggal jauh di belakang group besar kerana menanti beberapa orang yang perlukan 'masa' untuk turun, haha, faham-faham sendiri lah. Pada satu checkpoint kami terserempak dengan dua orang perempuan yang sedang berehat di tepi laluan. Rupanya salah seorang dari mereka injured, terseliuh rasanya. Waktu itu, dua orang komander siswi membantu perempuan tersebut untuk turun perlahan-lahan dengan memapahnya. Jujurnya sangat perlahan sebab pergerakannya terbatas. Geng sweeper dan juga Tuan Zul berhenti menunggu di situ. Tuan Zul kemudian menelefon JPAM untuk dapatkan bantuan namun sedikit mengecewakan kerana mereka tak ada kenderaan  untuk membantu perempuan tersebut. Akhirnya berkat idea bekas seorang jurulatih PLKN yang lalu di situ, kami membuat stretcher sendiri menggunakan hammock dan batang kayu yang ada di hutan. Saya lah yang gigih menebang pokok kayu untuk dijadikan batang stretcher. Haha, terasa sado acah-acah renjer seketika. :p


Stretcher yang siap dibuat bersama. Suasana ketika membantu mangsa.

Perjalanan turun yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang dua jam lebih telah berganda menjadi empat jam. Kami beramai-ramai, gabungan geng sweeper, abang JPAM dua orang dan lain-lain gagah mengangkat si gadis turun ke bawah. Jujurnya sangat mencabar. Bayangkan waktu naik pun susah sebab lincin, apatah lagi nak turun dengan membawa orang di atas strecher. Saya sendiri dah bermacam-macam gaya saya pamerkan secara percuma. Berdiri, menunduk, mengengsot dan macam-macam lah, haha. Walaupun penat, saya gembira melihat kerjasama dan semangat yang ada pada skuad pembantu tak bertauliah ini. Terbaik!


Akhirnya sampai ke bawah. Fuhh! Macam tak percaya.


Wajah-wajah yang ceria walaupun kepenatan setelah tiba di bawah semula.

Alhamdulillah, dalam pukul 4 petang lebih kurang kami sampai ke bawah. Ya Allah, syukurnya hanya Allah yang tahu. Bukan kerana penat, cuma tak sangka kami berjaya turunkan cik adik tu dari atas sampai ke bawah. Betul lah macam Wonder Pet selalu sebut. Apa yang penting? Kerjasama!! Hehe. :p

Belum Berakhir!!

Bila dah sampai, ingat boleh lega, rupanya belum lagi sebab kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 3 kilometer untuk pergi ke tempat mandi Ulu Bendul. Pak cik Driver tak nak bagi kami naik bas sebab masing-masing kotor dan basah. Sabar je lah. 

Sampai saja ke Ulu Bendul, kami terus mandi sepuas hati, kemudian solat dan makan. Kami bertolak balik lebih kurang dalam jam 5 petang. Dalam bas semua still cergas. Percaya? Haha, tipu saja, semua pengsan. :p Kami tiba di UiTM Puncak Alam dalam jam 7.30 malam lebih kurang.

Sejujurnya, walaupun penat kembara Gunung Angsi sangat best!! :) 

I'm the best!! Haha. :p

Sekian. :)

3 ulasan:

Nur Hamizah Zaihan berkata...

gambar last tu kelakar hahaa btw tahniah Naga 💪

Nur Hamizah Zaihan berkata...

gambar last tu kelakar hahaa btw tahniah Naga 💪

Unknown berkata...

Haha, dah xde rupa dah aku Mijah. Penuh dengan lumpur. :)

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious