Senyumlah.....

• Masa : 11:34:00 PTG • Ulasan : 1 • Label :
sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t..........

Kembali menulis.....semangat ingin menulis semakin bertambah apabila mendapat sokongan dari sahabat-sahabat....terima kasih kepada yang sentiasa menyokong sama ada secara langsung ataupun tidak langsung...moga Allah rahmati kamu...

Hari ini cuti sempena sambutan tahun baru cina....jadi tak pergi praktikal.....nak dijadikan cerita....pagi tadi keluar dengan kawan untuk bersarapan....

semasa kami melalui sebuah gerai dilorongan kedai...tiba-tiba terasa seperti ada seseorang yang memanggil....saya pun berkalih...memang betul seorang pak cik sedang memanggil saya..dia sedang duduk di meja makan sebuah gerai...


jujurnya saya tidak mengenali beliau...lalu dia pun bertanya khabar dan kami bersembang....selepas itu saya pun bertanya....

"em...pak cik...kita jumpa dimana ya...saya betul-betul tak ingat muka pak cik.." kata saya jujur...sebab saya memang tidak mengenali pak cik itu..mungkin muka dia seperti pernah jumpa..cuma tidak pasti...tambahan saya memang jenis yang sukar hendak mengingati wajah orang melainkan kerap berjumpa...

"laa...adik la yang jaga pak cik dekat hospital dulu...."

subhanallah...saya tidak cam langsung wajah pak cik yang pernah menjadi patient saya ketika saya pernah praktikal sebelum ni...kami pun bersembang sekejap....dan pak cik itu mengucapkan terima kasih kepada saya...dia ada sedikit memuji...mungkin dia suka cara saya dan kawan-kawan menjaga dia di ward sebelum ini....

alahamdulillah...rasa bersyukur sebab pak cik tu yang menegur saya....

itulah kita....

iktibar yang dapat kita ambil disini...apabila bergaul dengan orang sekeliling, dengan masyarakat...maka cuba layan mereka dengan baik....apabila bekerja, bekerja lah dengan baik dan ikhlas...sebagai contoh...bagi health care provider (nurse, doktor, pharmacist dan lain-lain) , berlaku baiklah terhadap pesakit-pesakit yang kita jaga...

kerana apabila kita melayan mereka dengan baik, maka mereka akan mendoakan yang baik-baik untuk kita...mereka akan suka dengan kita....sebab kadang-kadang kita tidak tahu...bahawa sebenarnya dengan doa-doa mereka inilah Allah memberi rezeki dan ketenangan dalam hidup kita....

jadi...

banyakkanlah senyum...
lembutkanlah tutur kata..
jagalah akhlak kita....

moga orang sekeliling sayang akan kita....

kalau kita yang hina ini, manusia suka apabila kita berbuat baik padanya..

boleh kita bayangkan bagaimana akhlak baginda Rasulullah S.A.W?? yang mampu menawan hati kawan mahupun lawan...boleh bayangkan?

indahnya akhlak baginda....

Sabda Rasulullah S.A.W...

" Sesungguhnya aku diutus bagi menyempurnakan akhlak yang mulia"

~Hadis riwayat Baihaqi dan Al-Hakim~

sollua'lannabi... :)

1 ulasan:

Dhia Faaezah berkata...

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Just found your blog lepas baca cerpen 'Aku Cinta Muhammad S.A.W. Teruskan menulis, you have the talent menulis karya yang mendekatkan diri pada Allah, menggalakkan/mengajak pembaca memandang sesuatu dengan kacamata iman. May Allah ease, Allah yubarik fiek.

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious