Segalanya Bermula Di Sini....

• Masa : 7:46:00 PG • Ulasan : 0 • Label :
Assalamualikum w.b.t....

segalanya bermula disini....setelah mendapat galakan dari beberapa orang yang dipercayai..saya akhirnya membuat blog sendiri....jujurnya agak terkial-kial pada mulanya..kerana benda ini adalah sesuatu yang baru...namun kerana tekad diteruskan juga.......mungkin blog ini boleh dijadikan sebagai langkah awal untuk mencapai hasrat hati ini yang ingin menjadi penulis....

adakah ini sekadar angan-angan? ataupun cita-cita? wallahua'lam. walaubagaimanapun...saya telah memulakan beberapa langkah kearah mencapai apa yang diingini....moga dipermudahkan oleh Allah...

ada yang bertanya...

"kenapa nak menjadi penulis? nak terkenal ke? nak buat duit?"


dan macam-macam soalan lagi.....kadang-kadang diri sendiri pun terfikir akan jawapan kepada persoalan ini....akhirnya saya temui jawapan yang memuaskan hati.. :)

1. Menulis adalah medium dakwah.

Dakwah pada hari ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai medium,dan salah satu darinya adalah penulisan. apabila kita menulis sesuatu yang baik dan dibaca oleh orang lain dan dia mengamalkan apa yang kita tulis, maka itu sudah dikira sebagai dakwah. maka sudah tentu kita akan beroleh pahala atas tulisan kita itu....

Dulu diri ini pernah berkeinginan ingin menjadi ustaz @ guru yang boleh menyampaikan ilmu. Diri ini sangat teringin untuk menjadi orang yang menyebarkan ilmu Allah kepada masyarakat. Namun takdir Allah...saya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan, bukannya dalam bidang agama mahupun pergururan.

Tapi niat ingin berdakwah itu tidak berkubur begitu sahaja....saya cuba menyampaikan ilmu yang ada, ataupun berkongsi pengalaman yang membei pengajaran melalui penulisan. Alhamdulillah, semakin hari usaha itu nampak dipermudahkan. Moga penulisan ini menjadi sebagai satu penyebab bertambahnya pahala saya.

Itulah salah satu sebab saya bertekad ingin menjadi penulis. Mahu berdakwah dan mengutip bekalan pahala untuk akhirat. Banyak sebab lain lagi yang membuatkan saya berminat untuk menjadi penulis. InsyaAllah akan saya kongsikan di lain hari dengan izin Allah. :)

Apa yang anda buat untuk menyediakan bekalan pahala anda? :) fikirkan sementara masih muda...

wallahua'lam..wassalam

p/s : terima kasih pada yang sentiasa memberi sokongan positif dan memberi tukjuk ajar pada insan kerdil ini, antaranya saudari Izzah Afifah.. moga Allah merahmati kamu. Amin.. :)


Tiada ulasan:

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious