Matlamat 2

• Masa : 9:24:00 PTG • Ulasan : 6 • Label :
sumber : Google

 .السلام عليكم

Apa khabar semua? Moga sentiasa dalam rahmat Allah tuhan sekalian alam. Pertama sekali seribu jari disusun sebagai tanda meminta maaf kerana biarkan blog ini bersawang. Antara sebabnya adalah kerana laptop dan tablet saya rosak baru-baru ini menyebabkn sukar untuk saya update Jalan Kembali. Malah tak dinafikan kesibukan harian menghalang saya dari meluahkan buah fikir di blog ini. 

InsyaAllah hari ini saya ingin sambung perbincangan kita mengenai matlamat hidup. Dari perbincangan yang lalu,  hari ini kita akan sama-sama berfikir bagaimana ingin menentukan matlamat hidup kita.

Diringkaskan perbincangan matlamat boleh kita bahagikan kepada dua iaitu matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Dan kedua-dua ini saling berkait di mana matlamat jangka pendek akan membuka jalan ke arah matlamat jangka panjang. 

Apa pentingnya menentukan matlamat? Jawapannya ialah supaya kita tidak mensia-siakan masa yang kita ada. Masa adalah aset yang paling berharga bagi mereka yang ingin berjaya. Hal ini kerana apabila kita telah melalui satu-satu masa itu,  ia tidak akan berulang ataupun kembali lagi. 

Kita gunakan contoh untuk memudahkan pemahaman kita. Abdullah merupakan seorang anak muda yang ingin menjadi penulis novel terkenal. Apa yang perlu dia buat? Dia masih baru. Lalu dia menetapkan matlamat hidupnya. 

Matlamat jangka panjang : 
1. Ingin menjadi penulis novel terkenal
2. Ingin menerbitkan novel sendiri di pasaran. 

Matlamat jangka pendek : 
1. Hasilkan novel sendiri dalam masa 2 bulan
2. Hantar novel kepada penerbit yang sesuai. 
3. Selesai novel pertama,  teruskan dengan novel kedua. 

Ini contoh matlamat yang Abdullah buat untuk dirinya. Jikalau anda perhatikan matlamat jangka pendek beliau berkaitan dengan matlamat jangka panjang. Ataupun dengan lebih mudah matlamat jangka pendek adalah cara untuk mencapai matlamat jangka panjang. Sekarang Abdullah sudah punyai matlamat. Apa langkah seterusnya? 

Langkah seterusnya adalah mencari dan merancang cara untuk mencapai matlamat itu. Contohnya :

1. Sertai kursus penulisan novel
2. Baca novel-novel terkenal dan laris di pasaran. 
3. Banyakkan bahan bacaan. 
4. Menulis mengikut jadual yang ditetapkan. 

Setelah mempunyai perancangan seperti di atas Abdullah perlulah melaksanakan semuanya sebaik mungkin. Sekiranya dia mengikut seperti apa yang dirancangkan InsyaAllah matlamatnya akan dapat dicapai dengan izin Allah. 

Namun, langit tidak selalunya cerah, hidup tidak selalunya indah. Dalam proses ini beliau mungkin menghadapi masalah tertentu dalam melaksanakan perancangannya itu. Jangan mengalah. Apa yang perlu dibuat hanyalah mencari punca masalah itu dan cari jalan penyelesaiannya. Sekiranya rancangan A kita gagal, jangan lupa kita masih ada rancangan B sampai Z. 

Jadi, apa anda tunggu lagi? Fikirkan sekarang apa matlamat hidup anda. Senaraikan. Kemudian rancang cara untuk mencapainya. Ingatlah...

"Orang yang gagal merancang, ia sebenarnya merancang untuk gagal. "


Yakinlah anda mampu mencapai apa yang anda impikan selagi ada usaha. Selamat beramal dan semoga berjaya.


Sekian. Wasalam.

6 ulasan:

Dhia Faaezah berkata...

Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Syukran wa jazakallah khair atas perkongsian. Nak tambah sikit

Plan>Action@Implementation>Result. Perancangan perlu ada tindakan. Tentang keputusan berjaya/gagal/kurang berjaya tu Allah yang tentukan. Yang penting kita usaha yang terbaik.

Contoh: Ikut contest cerpen. Kita buat dan hantar. Kalau menang alhamdulillah satu bonus. Kalau tak menang, itu satu training. Bab kata orang, Practise makes better.

Recommended book to read: Buku karya Oki Setiana Dewi: 'Melukis Pelangi' & 'Sejuta Pelangi'. Dalam kedua buku ini Oki berkongsi banyak perkara. Antaranya dia selalu menulis cita2/impian yang hendak diraih dan dicapai sejak kecil. Most of it dia dah berjaya raih dan sedang dalam proses untuk mencapainya. Lagi satu buku 'The Perfect Muslimah' by Ahmad Rifa'i Rif'an. Ketiga-tiga buku ni dalam bahasa Indonesia.

Moga bermanfaat. Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang drpd diri sendiri.

Unknown berkata...

Thanks Dhia.. 👍☺

scya lollita berkata...

Hakimi Abdullah ke?

eh ok ok gurau :P

semoga Allah permudahkan adikku ini menjadi seorang penulis berjaya :)

Unknown berkata...

Harei Sachiyo.. 😁

Mr. Doctor berkata...

Tetiba rasa macam kena pulak contoh tu.. Teringin nak menulis.. Tapi tapi tapi.. Malas tu lebih.. Adehhh

Unknown berkata...

Haha.. sometime kita kena paksa diri Mr. Doctor. Mula-mula paksa,lepas tu suka, lama-lama dah terbiasa. :)

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious