Questionnaire!

• Masa : 5:57:00 PTG • Ulasan : 2 • Label :
Assalamualaikum. Apa khabar kita semua pagi ini? Baik? Alhamdulillah. Solat subuh jam  berapa pagi tadi? Berapa muka surat dari Al-Quran kita baca pagi ini? Wallahua'lam. kita sendiri yang lebih mengetahui apa yang kita buat. Oleh itu, jawab sendiri soalan tadi dan muhasabah kembali sementara anda masih berada di blog Jalan Kembali ini, haha.

Questionnaire.


Saya pasti ramai yang akan terfikir tentang Final Year Project (FYP), bila terbaca tajuk perbincangan kita hari ini. Betul tak? Haha, tak baik menipu, baik mengaku.

Questionnaire (soalan soal selidik) yang selalu digunakan bagi mengumpul data untuk sesuatu kajian atau bagi mendapatkan feedback. (sumber : Google)

Namun, saya bukan hendak membincangkan soal itu hari ini. Yang hendak saya fokuskan ialah Questionnaire harian kita sebagai seorang hamba Allah.

Questionnaire Seorang Hamba.

Sebagai seorang manusia yang terkenal dengan sikap lupa dan lalai, sangat penting untuk kita mempunyai Questionnaire harian kita. Apa perlu kita tanya diri kita? Saya senaraikan beberapa soalan menarik yang boleh kita tanyakan pada diri kita setiap hari. Lagi baik jika kita dapat tanyakan soalan ini bila kita sedang bersendirian seperti ketika bangun solat malam.

Questionnaire Buat Diriku :
  1. Siapa aku?
  2. Apa tujuan hidup aku?
  3. Berapa lama aku akan hidup? Masih mudakah aku?
  4. Seandainya aku mati, apa bekalan yang akan aku bawa untuk jumpa Allah?
  5. Apa yang aku dah buat yang memberi manfaat kepada masyarakat?
  6. Andai aku mati, Syurga atau Neraka tempatku?
Dan sebagainya lagi...

Mengapa Perlu Ada Persoalan Sebegini?

1. Supaya kita sedar akan matlamat sebenar kita hidup di dunia ini. Lihatlah sekeliling kita. Berapa ramaikah manusia yang tenggelam dengan keni'matan dunia yang tidak kekal ini, sedangkan kita semua tahu kita akan mati dan meninggalkan dunia ini satu hari nanti. Biarlah seimbang kehidupan duniawi dan ukhrawi kita. Yang akhirat kita kejar dan pada masa yang sama dunia tidak kita tinggalkan.

2. Supaya kita nampak apa kesalahan yang telah kita lakukan dalam kehidupan seharian. Dari itu, kita akan sedar dan buat penambahbaikan pada diri kita dengan meninggalkan segala yang tidak baik.

3.  Supaya dapat menjadi satu motivasi harian kita. Hidup di dunia ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kala kita akan rasa penat dan mahu lari dari semua tanggungjawab yang kita pikul bila ada ujian yang melanda kita. Dengan kita muhasabah diri kita melalui persoalan-persoalan ini, In Shaa Allah diri kita akan lebih kuat dan kita akan lebih bermotivasi untuk mencapai apa yang kita impikan.

Kesimpulan.

Muhasabahlah diri kita sebelum kita dimuhasabah!

Persoalkan diri kita sebelum kita dipersoalkan!

Wallahua'lam.

"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam menambah kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para petani. Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu."

Surah Al-Hadid, ayat 20.






2 ulasan:

scya lollita berkata...

Quest cari jodoh please :P

Unknown berkata...

Haha, yg tu kena cari sendiri.

 


Nohara al-Ramadani ©2016. Minima Template customized by Scyalicious